Friday, April 8, 2022

ELEMEN ASAS GRAFIK

1. Elemen Mudah


1. Sumber : Sendiri   
2. Tema: Keindahan Alam Semula Jadi       
3. Lokasi : Air Terjun Sungai Sendat Ulu Yam Selangor

Huraian    
1. Gambar ini mudah untuk difahami iaitu sekali pandang kita dapat lihat pemandangan air terjun di kawasan hutan. 
2. Konsep alam semulajadi yang mempunyai rimbunan pokok hijau dan dihiasi oleh air terjun yang jernih serta batu sungai yang cantik sudah jelas menunjukkan air terjun yang cantik. 




Sumber : Internet ( https://learn.zoner.com/5-tips-for-photographing-trees/ )
Tema : Keindahan Alam Semula Jadi  

Huraian :
1. Elemen grafik bagi gambar ini ialah mudah kerana gambar ini mudah difahami dengan hanya sekali lihat iaitu gambar sebatang pokok di suatu tempat yang lapang.
2. Gambar ini juga kelihatan mudah serta tenang untuk dilihat kerana sebatang pokok yang dihiasi awan biru yang cantik dan lapang serta dedaun kering yang berwana coklat. 

2. Elemen Warna


Sumber: Sendiri
Tema : Seni bangunan
Lokasi : Mahkamah Persekutuan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Huraian: 
1.  Elemen asas grafik bagi gambar di atas adalah warna. Gambar diatas menunjukkan elemen tiga warna iaitu biru, coklat dan sedikit warna kelabu.
2. Bukan itu sahaja, latar belakang gambar yang berwarna gelap itu juga tanda gambar diambil waktu malam dan warna gelap itu menaikkan elemen tiga warna di dalam gambar. 


Sumber: Internet ( https://www.pexels.com/search/bedroom/ )
Tema : Reka bentuk bilik tidur 

Huraian 
1. Elemen asas grafik bagi gambar ini adalah warna. 
2. Gambar ini menunjukkan hanya tiga warna iaitu putih, coklat dan sedikit kehijauan. 
3. Warna yang tidak terlalu padat dan mudah untuk difokuskan.

3. Elemen Teks


Sumber : Sendiri
Tema : Bekas Minuman
Lokasi : East Cost Mall, Kuantan Pahang

Huraian: 
1. Gambar ini  memfokuskan kepada elemen asas grafik bagi teks. 
2. Jenis tulisan bagi teks yang dapat kita lihat adalah ringkas dan amat sesuai untuk dibaca.
3. Jenis tulisan yang mudah dibaca dan diingati oleh pelanggan yang setia membeli. 


Sumber : Internet ( https://www.pinterest.com/pin/586171707733003430/ ) 
Tema : Iklan Komersial

Huraian: 
1. Gambar ini memberi fokus kepada elemen asas grafik bagi teks. 
2. Size bagi teks yang dipaparkan pada gambar mudah dilihat dan dibaca.
3. Jenis tulisan bagi teks menggunakan jenis tulisan yang mudah dibaca dan dilihat dari jauh. 

4. Elemen Kesesuaian 


Sumber: Sendiri
Tema : Aktiviti Lasak 
Lokasi : USIMA Forest Resort, Ayer Keroh Melaka

Huraian: 
1. Seterusnya bagi gambar ini menunjukkan aktiviti rakit di sungai. 
2. Gambar ini sesuai dengan tema aktiviti lasak.
3. Gambar ini juga memaparkan elemen kesesuaian kerana tempat seperti sungai serta pakaian seperti jaket keselamatan yang sesuai dengan aktiviti berakit yang dilakukan. 


Sumber: Internet ( https://www.kosmo.com.my/2021/05/12/patuhi-sop-ketika-hari-raya-aidilfitri/ )
Tema : Sambutan Perayaan Aidilfitri

Huraian: 
1. Bagi elemen kesesuaian kita dapat lihat gambar ini sesuai untuk tema perayaan iaitu perayaan Aidilfitri. 
2. Terdapat individu yang memakai baju tradisional serta juadah yang sering dihidangkan semasa perayaan tersebut. Dengan suasana serta pakaian yang dikenakan amat sesuai untuk menunjukkan gambar perayaan. 

5. Elemen Keseimbangan 


Sumber : Sendiri
Tema : Bunga
Lokasi : Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang

Huraian
1. Gambar yang dilampirkan di atas menonjolkan elemen asas grafik, iaitu elemen keseimbangan. 
2. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, gambar ini pula menunjukkan kedudukan objek utama iaitu bunga yang seimbang berada di tengah-tengah gambar dan dikelilingi oleh dedaun hijau. 



Tema : Pemandangan 

Huraian : 
1. Berdasarkan gambar di atas boleh dikatakan bahawa ia menepati elemen asas grafik keseimbangan. 2. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar ini menunjukkan kedudukan rumah yang seimbang berada di tengah tengah iaitu antara langit dan sungai.






         

Thursday, April 7, 2022

Kisah Bunga


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama yang diberi oleh kedua ibu bapa saya ialah Nurul Nabila Binti Ahmad Rizal. Nabila? nama yang selalu kita dengar. Mana-mana mesti ada orang nama Nabila. Alaaaaa... ni kes pengaruh lagu zaman 90-an mak ayah kita yang lagu Cinta Untuk Nabila tu.. nyanyian kumpulan Melissa yang terkenal. Zaman Rock Kapak gituu. Lagu kegemaran abah saya la tu yang sampai nama anak sulung dia pon dia bahan Nabila. hahahaha. Saya dilahirkan pada tanggal 5 Januari 2000. Antara birthday yang awal. Orang sibuk sambut new year time tu kita sibuk nak sambut birthday hehehe. Tempat saya dilahirkan pula, di Kuantan Pahang. Anak jati orang Pahang ni tau. Aok jangan main-main dengan kome hehe gurauu.. Selamanya hitam putih di hati. Tanya pasal adik beradik pula, saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik... haaaa kak long kawasan ni tau. Apa yang best saya punya adik beradik semua perempuan. Lepastu umur dekat dekat pulak tu memang jadi geng sekepala masuk air laaaa. Tapi... bila time bergaduh haaa boleh gegar rumah. Tapi kami adik beradik gaduh 5 minit jeee lepas gaduh gelak ketawa semula. Tulah lumrah kehidupan nya.

Saya juga merupakan salah seorang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah sudah 2 tahun perjalanan sebagai mahasiswa di UPM yang serba hijau dan cantik ni. Tak sangka pejam celik 2 tahun dah degree. Walaupun online takpelah kita redha dan belajar macam biasa. Kalau cakap pasal hobi time sekolah rendah dulu bukan main hobi membaca buku, tapi dah masuk alam agak dewasa ni hmm hilang dah hobi acah membaca tu. Jadinya hobi yang paling buat saya happy sekarang tengok movie.. hahahaha taknak la tipu hobi membaca lagi. hahaha. Sesiapa yang baca blog saya, saya nak ucapkan selamat datang ke blog si bunga merah ni dan harap anda semua terhibur scroll blog saya yang cantik ni. Salam perkenalan semua !!