Thursday, April 7, 2022

Kisah Bunga


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama yang diberi oleh kedua ibu bapa saya ialah Nurul Nabila Binti Ahmad Rizal. Nabila? nama yang selalu kita dengar. Mana-mana mesti ada orang nama Nabila. Alaaaaa... ni kes pengaruh lagu zaman 90-an mak ayah kita yang lagu Cinta Untuk Nabila tu.. nyanyian kumpulan Melissa yang terkenal. Zaman Rock Kapak gituu. Lagu kegemaran abah saya la tu yang sampai nama anak sulung dia pon dia bahan Nabila. hahahaha. Saya dilahirkan pada tanggal 5 Januari 2000. Antara birthday yang awal. Orang sibuk sambut new year time tu kita sibuk nak sambut birthday hehehe. Tempat saya dilahirkan pula, di Kuantan Pahang. Anak jati orang Pahang ni tau. Aok jangan main-main dengan kome hehe gurauu.. Selamanya hitam putih di hati. Tanya pasal adik beradik pula, saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik... haaaa kak long kawasan ni tau. Apa yang best saya punya adik beradik semua perempuan. Lepastu umur dekat dekat pulak tu memang jadi geng sekepala masuk air laaaa. Tapi... bila time bergaduh haaa boleh gegar rumah. Tapi kami adik beradik gaduh 5 minit jeee lepas gaduh gelak ketawa semula. Tulah lumrah kehidupan nya.

Saya juga merupakan salah seorang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah sudah 2 tahun perjalanan sebagai mahasiswa di UPM yang serba hijau dan cantik ni. Tak sangka pejam celik 2 tahun dah degree. Walaupun online takpelah kita redha dan belajar macam biasa. Kalau cakap pasal hobi time sekolah rendah dulu bukan main hobi membaca buku, tapi dah masuk alam agak dewasa ni hmm hilang dah hobi acah membaca tu. Jadinya hobi yang paling buat saya happy sekarang tengok movie.. hahahaha taknak la tipu hobi membaca lagi. hahaha. Sesiapa yang baca blog saya, saya nak ucapkan selamat datang ke blog si bunga merah ni dan harap anda semua terhibur scroll blog saya yang cantik ni. Salam perkenalan semua !! 

No comments:

Post a Comment