ASAS VIDEOGRAFI : TRAGEDI

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA !

Hari ini saya ingin menceritakan mengenai tugasan berkumpulan minggu 10 iaitu Asas Videografi iaitu video tragedi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang. 

Sehubungan dengan itu, tugas saya dalam video ini adalah sebagai ketua bagi idea dan konsep. Pada awalnya, bagi idea dan konsep untuk tugasan ini, saya mengetuai perbincangan bersama ahli kumpulan untuk menghasilkan  video tragedi berkonsepkan pelajar bermasalah seperti menagih dadah, mencuri dan sebagainya. Tetapi kami buat keputusan bersama untuk menghasilkan video tragedi berkonsepkan anak derhaka tetapi menggabungkan elemen seperti idea awal. 

Berikut merupakan hasil video tragedi hasil ATMA PERWIRA PRODUCTION : 






KEHADIRAN KULIAH 1 JUN 2022



No comments:

Post a Comment