1. Elemen Mudah
1. Sumber : Sendiri
2. Tema: Keindahan Alam Semula Jadi
3. Lokasi : Air Terjun Sungai Sendat Ulu Yam Selangor
Huraian
1. Gambar ini mudah untuk difahami iaitu sekali pandang kita dapat lihat pemandangan air terjun di kawasan hutan.
2. Konsep alam semulajadi yang mempunyai rimbunan pokok hijau dan dihiasi oleh air terjun yang jernih serta batu sungai yang cantik sudah jelas menunjukkan air terjun yang cantik.
Sumber : Internet ( https://learn.zoner.com/5-tips-for-photographing-trees/ )
Tema : Keindahan Alam Semula Jadi
Huraian :
1. Elemen grafik bagi gambar ini ialah mudah kerana gambar ini mudah difahami dengan hanya sekali lihat iaitu gambar sebatang pokok di suatu tempat yang lapang.
2. Gambar ini juga kelihatan mudah serta tenang untuk dilihat kerana sebatang pokok yang dihiasi awan biru yang cantik dan lapang serta dedaun kering yang berwana coklat.
2. Elemen Warna
Sumber: Sendiri
Tema : Seni bangunan
Lokasi : Mahkamah Persekutuan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Huraian:
1. Elemen asas grafik bagi gambar di atas adalah warna. Gambar diatas menunjukkan elemen tiga warna iaitu biru, coklat dan sedikit warna kelabu.
2. Bukan itu sahaja, latar belakang gambar yang berwarna gelap itu juga tanda gambar diambil waktu malam dan warna gelap itu menaikkan elemen tiga warna di dalam gambar.
Sumber: Internet ( https://www.pexels.com/search/bedroom/ )
Tema : Reka bentuk bilik tidur
Huraian
1. Elemen asas grafik bagi gambar ini adalah warna.
2. Gambar ini menunjukkan hanya tiga warna iaitu putih, coklat dan sedikit kehijauan.
3. Warna yang tidak terlalu padat dan mudah untuk difokuskan.
3. Elemen Teks
Sumber : Sendiri
Tema : Bekas Minuman
Lokasi : East Cost Mall, Kuantan Pahang
Huraian:
1. Gambar ini memfokuskan kepada elemen asas grafik bagi teks.
2. Jenis tulisan bagi teks yang dapat kita lihat adalah ringkas dan amat sesuai untuk dibaca.
3. Jenis tulisan yang mudah dibaca dan diingati oleh pelanggan yang setia membeli.
Sumber : Internet ( https://www.pinterest.com/pin/586171707733003430/ )
Tema : Iklan Komersial
Huraian:
1. Gambar ini memberi fokus kepada elemen asas grafik bagi teks.
2. Size bagi teks yang dipaparkan pada gambar mudah dilihat dan dibaca.
3. Jenis tulisan bagi teks menggunakan jenis tulisan yang mudah dibaca dan dilihat dari jauh.
4. Elemen Kesesuaian
Sumber: Sendiri
Tema : Aktiviti Lasak
Lokasi : USIMA Forest Resort, Ayer Keroh Melaka
Huraian:
1. Seterusnya bagi gambar ini menunjukkan aktiviti rakit di sungai.
2. Gambar ini sesuai dengan tema aktiviti lasak.
3. Gambar ini juga memaparkan elemen kesesuaian kerana tempat seperti sungai serta pakaian seperti jaket keselamatan yang sesuai dengan aktiviti berakit yang dilakukan.
Sumber: Internet ( https://www.kosmo.com.my/2021/05/12/patuhi-sop-ketika-hari-raya-aidilfitri/ )
Tema : Sambutan Perayaan Aidilfitri
Huraian:
1. Bagi elemen kesesuaian kita dapat lihat gambar ini sesuai untuk tema perayaan iaitu perayaan Aidilfitri.
2. Terdapat individu yang memakai baju tradisional serta juadah yang sering dihidangkan semasa perayaan tersebut. Dengan suasana serta pakaian yang dikenakan amat sesuai untuk menunjukkan gambar perayaan.
5. Elemen Keseimbangan
Sumber : Sendiri
Tema : Bunga
Lokasi : Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang
Huraian
1. Gambar yang dilampirkan di atas menonjolkan elemen asas grafik, iaitu elemen keseimbangan.
2. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, gambar ini pula menunjukkan kedudukan objek utama iaitu bunga yang seimbang berada di tengah-tengah gambar dan dikelilingi oleh dedaun hijau.
Sumber : Internet ( Flickr's Top Photos 2015 | POPSUGAR Tech )
Tema : Pemandangan
Huraian :
1. Berdasarkan gambar di atas boleh dikatakan bahawa ia menepati elemen asas grafik keseimbangan. 2. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar ini menunjukkan kedudukan rumah yang seimbang berada di tengah tengah iaitu antara langit dan sungai.
KEHADIRAN KULIAH 30 MAC 2022
No comments:
Post a Comment