ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO LAGU

 ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA !!

Harini saya nak menceritakan serba sedikit tentang tugasan minggu 10 iaitu video lagu. haaaaa ni seronok nak cerita, sebab nak tahu tak saya editor tau bagi tugasan video lagu ni. Lagu yang kami dapat ialah lagu dua insan nyanyian M.Nasir. Lagu kegemaran ibu saya ni. Masa dia tahu saya duk menghafal lagu ni, melampat dia nak menyanyi jugak. Katanya ni lagu yang dia selalu menyanyi zaman dia belajar dekat UKM dulu hahahahahah. Ibu part lagu favourite dia memang melampat laa. Cerita pasal tugasan ni la, saya nak cerita sikit pada cabaran sepanjang saya jadi editor video. haaaa antara cabaran dia. hmm agak payah yee nak samakan mulut dengan nyanyian lagu sebenar. Yelah kami ni duduk jauh masing masing dekat rumah. Jadinya terpaksalah record berasingan. Jadinya kami putuskan untuk bahagikan tugasan mengikut rangkap. Semua sekali ada 8 rangkap haaaa saya apa lagi tibai la rangkap pertama.

Yelah kelebihan kita sebagai editor boleh la cop dulu heheheheh. Apa pon saya seronok dapat buat tugasan ni. Dapat juga kenal lagu lama yang bertajuk dua insan ni. ala maklumlah kita ni lahir tahun milenia jadinya tak membesar la dengan lagu zaman dulu. hehehehe. Jadinya di sini saya sertakan video hasil daripada kerjasama kami semua. SELAMAT BERHIBUR !!!



LINK YOUTUBE KLIK DI SINI : VIDEO LAGU




KEHADIRAN KULIAH 20 MEI 2022

No comments:

Post a Comment