KETIKA DAN KALIMAT

 ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA !

Amali 1 Julai 2022 adalah kelas terakhir kami, bagu kursus BBM3410 subjek Multimedia Dalam Bahasa. Kursus ini telah diajar oleh Prof. Madya. Dr. Normaliza Abd Rahim. Pada pendapat saya, kelas ini amat praktikal dan menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak perkara yang saya pelajari daripada subjek ini. Melalui tugasan yang telah diberikan kepada kami terdapat pelbagai ilmu serta pengalaman yang telah saya pelajari. Sebelum ini, saya tidak mengetahui beberapa perkara dalam ilmu fotografi ini contohnya, beberapa asas fotografi yang saya baru tahu dan pelajari semasa mengharungi kursus ini selama 14 minggu bersama prof. 

Bukan itu sahaja, pada semester ini juga banyak membuka pengalaman baru bagi saya antaranya menari hahahahah ini antara tugasan yang paling mencabar bagi saya.  Hal ini dikatakan demikian kerana, seumur hidup saya, saya tidak pernah sesekali menari hahahahaha. Kalini adalah cabaran terbesar bagi saya. Walaubagaimana pun, saya gembira melakukan tugasan ini bersama rakan-rakan saya iaitu Atma Perwira Production. hehehehe bercakap mengenai Atma Perwira Production iaitu ahli kumpulan saya selama 14 minggu ini. Kami telah mencipta pengalaman pahit dan manis. Kadang kami gelak bersama kadang kami stress bersama dan kadang kami bergaduh kerana bercanggah idea. 

Walaubagaimana pun, Alhamdulillah kami 11 orang berjaya siapkan setiap tugasan yang telah diberikan oleh prof. Walaupun setiap tugasan ada cabarannya yang tersendiri. Antara yang paling mencabar ialah one shot one layer. Kami menari lagu bertemakan hari raya dan pada masa yang sama harus memastikan tiada satu pon pokok yang bergoyang dibelakang. Alhamdulillah semuanya berjaya. 

Akhir kata, Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan kursus ini dengan baik. Ada satu lagi cabaran iaitu peperiksaan akhir yang bakal kami hadapi nanti. Semoga hasil usaha kami membuahkan hasil dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek ini dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi semester ini. Alhamdulillah. 

Saya mewakili kelas BBM3410 2022 ingin memohon maaf sekiranya ada mengguris hati prof dan ingin berterima kasih kepada prof yang telah mencurahkan ilmu kepada kami sekelas. Semoga ilmu ini menjadi bekalan kepada kami untuk masa hadapan. InshaALLAH Ammiinn


Yang Benar, 

Nurul Nabila



KEHADIRAN 1 JULAI 2022

No comments:

Post a Comment